Lama sungguh la tak jenguk blog ku yang satu ni..
Since blog ni cerita pasal persiapan aku nak kahwin dulu..yang mana sekarang dah selamat dah pun kahwin nyer..hihi..almost 4 years dah usia perkahwinan ku.. alhamdulillah. ..
Hari ni tergerak hati nak jot down my first experience untuk buat rawatan kesuburan or infertility ni..
Bukan niat nak menunjuk yer puan puan tapi nak share dan kongsi pengalaman pertama ni..Sebab sebelum ni..pernah baca blog blog yang lain..tak ada details pasal bajet atau kos sesuatu rawatan..Aku pun lost jugak ritu..takut lak larik bajet..ye la..kita ni bukan nyer org berada...just nak mencuba sekadar yang termampu...Alhamdulillah..semoga Allah izinkan..
Dah lama sebenarnya aku berTTC..tapi Allah belum beri rezeki zuriat lagi pada kami...
Sebenarnya hari ni 17 Mac 2016 Khamis aku ada first appointment dekat Klinik An Nur Bangi..My 1st appointment dengan Doktor Fatimah..sebelum ni aku call Klinik Annur ni untuk buat appointment.
So, for the very first time.. ni la langkah atau step ikhtiar kami untuk mendapatkan cahaya mata, cinta hati kami...itu pun kalau Allah izinkan...sebelum ni ada gak makan supplements, makanan sunnah,susu kambing semua la...tapi masih belum berhasil..
Sedihkan...bila difikir fikirkan..kita yang beria nak zuriat ni susah betul nak dapat..kena buat macam macam ujian yang boleh tahan jugak mahal kos perbelanjaan nyer...tapi orang lain suka suka buang anak...geram betul...sakit plak hati kita ni...heee..kan dah ter'emo'...sorry ya...
Ok..sambung balik citer aku jumpa doktor Fatimah ni ya...Aku dengan husband datang klinik dalam pukul 1030 pagi...sebab kata nurse yang bertugas masa aku call tu 'Puan boleh datang jumpa doktor dalam pukul 830-1130 pagi ya..So aku dengan husband pon datang la pukul 1030 pagi since pagi tu aku memang ada hal..kena hantar my mom check up dulu kat Klinik Kesihatan..pada fikiran kita org berdua..mungkinla takde orang or tak ramai sangat patient yang menunggu..tapi ternyata jangkaan kami meleset...tuuuuh diaaaaaa..ramai gak ibu ibu mengandung yang datang untuk buat check up harini...Sebab kata doktor Fatimah harini memang khas untuk pemeriksaan ibu mengandung.......laaa ye ke...?!?!
Heehe..so..pada sesiapa yang nak buat appointment. .sila take note la..jangan p buat appointment hari khamis ya puan puan..hihi..
Agak lama jugak la nak tunggu giliran aku untuk masuk jumpa dengan doktor..adalah dekat 3 jam lebih tunggu giliran...hihi..lamakan?Sabar je la bebanyak..dugaan ni..huhu...
Oh ya...lupa plak nak bagi tahu..kalau kita 1st time datang ke Klinik Annur ni...kita kena la daftar or registered dulu ya puan puan...Biasa la..ikt prosedur..So lepas kita isi semua details yang dikehendaki..nurse akan bagi kita nombor giliran..tunggu sampai nombor kita dipanggil..sebelum kita nak masuk jumpa doktor di bilik 6..nurse akan panggil kita ke bilik 3 untuk pemeriksaan tekanan darah,berat & tinggi untuk rekod di masa hadapan.
Tunggu punya tunggu,akhirnya aku dapat masuk and jumpa Doktor Fatimah buat pertama kalinya...
Alhamdulillah. .doktor fatimah ni sangat la baik..lembut dan very motherly sangat...dia buat kita rasa selesa..terasa macam kita bercakap dengan Mak mak kita pulak...
Doktor fatimah ni akan tanya macam macam soalan untuk suami dan isteri ;
Antaranya:
-Dah berapa lama kahwin
-Duduk berjauh ke dari suami (PJJ) =perkahwinan jarak jauh kata nyer...=)
-Start datang bulan bila
-Period regular ke tak
Kalau untuk suami doktor akan tanya
*Merokok ke tidak
*Berapa lama dah merokok
*Sehari berapa byk hisap rokok
-sebab my husband memang perokok orangnya.=(
Lepas sesi bersoal jawab tu..Doktor Fatimah akan scan perut untuk tengok rahim kita..So,far alhamdulillah semua ok..Doktor kata rahim cantik..normal..dia suh nurse buatkan Pap Smear. .tapi aku period..so postponed next time...
Lepas scan perut tu..Doktor suruh pergi bilik 3 untuk test darah..
Dan dia bagi satu surat suruh my husband pergi buat Ujian Air Mani..Ok..untuk ujian Air Mani ni..kita tak bole buat di annur..so doktor akan bagi referral letter ke Lab Gribbles yang terletak di belakang Klinik Annur tu..
Aku pun kena pergi jugak buat Ujian HSG..Ujian HSG ni pun Annur tak bole buat..Doktor bagi referell letter ke KPJ Kajang/Seremban untuk buat ujian HSG tu. Nanti aku cerita ujian u macam mana ya..tak pun cer puan puan pergi tanya Encik Google..hihi..
Bila semua ujian dah complete kita orang akan jumpa doktor semula untuk pemeriksaan yang seterusnya..kena tengok dulu result ujian ujian tu semua..so maybe bulan depan kita jumpa doktor Fatimah lagi.
Selesai amik darah semua..kita orang pun ke Kaunter Pembayaran untuk membuat pembayaran dan Doktor ada bekalkan Folic Acid untuk sebulan punya makan...Jumlah kesemua ujian dan consultations & mediacation pada hari ni ialah RM 412.30. Boleh refer gambar untuk details.
Kos Rawatan di Hospital Annur Bangi |